Featured Blogger Of The Week (Guy) - Zaid

by - Tuesday, July 20, 2010

DSC_0137
Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Feeqsays.com. Pertama sekali saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Feeq kerana sudi memberi ruang dan peluang ini kepada saya untuk menjadi Featured Blogger pada minggu ini. Saya akan jadikan penghargaan ini sebagai satu batu loncatan untuk saya terus bergiat dan bergerak aktif dalam penglibatan blog ini.

DSC_0255
Nama penuh saya Mohd Zaid Othman dan blog peribadi saya adalah Mohdzaid.com, kawan-kawan panggil saya Yed atau Zaid je.. . Saya berumur 26 tahun dan masih bujang tetapi sudah berpunya. Kalau ada yang nak berkenalan tu boleh je permohonan masih dibuka (melawak). Saya bekerja di sebuah syarikat kedai serbaneka 24jam terkemuka Malaysia dan bekerja sebagai seorang Helpdesk operator. Kerja saya membantu operasi kedai yang memerlukan bantuan dalam talian telefon.. kalau nak tahu apa nama syarikat tempat saya bekerja cuba tanya Tianchad.com xoxo.. Kerja diwaktu shift tidak menghalang saya untuk membahagikan masa menulis blog dan menghadiri event. Selalunya saya kena pandai-pandailah tukar jadual dengan kawan kerja yang lain.

DSC_0546
Saya mula bergiat dalam bidang blogger ini sejak dari tahun 2008 dan banyak pengalaman pahit dan manis dalam menulis blog. Pada awalnya hanya suka-suka tetapi lama kelamaan menjadi minat yang mendalam. Saya menulis apa saja, tak kira cerita tentang hiburan, gosip, event, cerita kedai kopi dan juga cerita peribadi saya di blog.
Dengan menulis blog saya boleh menambah pendapatan sampingan disamping menjadikannya satu hobi untuk diri saya. Dengan menulis blog juga saya menjadi lebih berani dan senang menyesuaikan diri dengan orang ramai, maklumlah saya ni pemalu sikit hihihi... pemalu ke?.. kalau anda baru kenal saya mesti anda ingat saya ni jenis pendiam, tapi kalau dah kenal lama mesti anda semua nak suruh saya diam hoho.. saya ni jenis yang suka buat lawak dan menyakitkan hati orang.. tapi lepas saya sakitkan hati diorang saya akan minta maaf balik :P... kepada sesiapa yang pernah terasa dengan saya tu saya minta ampun dan maaf ye.. hihihi..

f1
Saya amat meminati sukan F1 dan baru-baru ini TuneHotels.com dan TuneMoney.com telah merialisasikan impian saya untuk menghadiri event Lotus Racing Homecoming dan berpeluang menyaksikan F1 Grand Prix Malaysia dan dapat berjumpa dengan pemandu F1 Lotus kegemaran saya tak lain tak bukan iaitu Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan Faruz Fauzy. Pengalaman yang sangat indah dan tak dapat saya lupakan ini telah saya abadikan didalam blog.

band
Saya amat meminati muzik, segala jenis muzik saya layan tak kiralah rock, pop, hiphop, dangdut pun ok ape?.. tapi kalau suruh main alat muzik satu pun saya tak pandai.. saya ni pantang kalau dengar ada artis nak buat konsert.. tak kiralah artis Malaysia ke artis luar negara ke, mesti saya nak pergi tengok. Cakap saja konsert apa yang saya tak pergi?.. tapi kebanyakannya sebab saya dapat ticket free lah.. kalau nak beli jangan harap hihihi..

page1
Satu yang pantang buat telinga saya adalah kalau ada contest, sebut apa saja contest mesti saya nak join tak kiralah hadiahnya sekadar tiket wayang atau tiket masuk funfair. Rasanya saya ni ada “Tuah” kalau masuk contest kot?.. tu pun mak saya yang cakap sebab segala contest yang saya masuk mesti menang, kalau tak menang grand prize hadiah sagu hati dah dalam tangan. Baru-baru ni saya menang tiga handphone iaitu Samsung Corby, Blackberry Curve dan yang paling baru iPhone 3gs beserta RM1k. Bagi saya nilah masa saya boleh merasa semua benda-benda tu.. kalau nak beli tak mampu wei.. hihihi gaji ciput :P
Oklah ini serba sedikit tentang diri saya.. kalau nak kawan dengan saya jom lah masuk

http://mohdzaid.com atau add saya di FB http://facebook.com/mohdzaid atau di Twitter http://twitter.com/mohdzaid . Kalau malas nak buka blog saya anda boleh baca RSS feed di http://feeds.feedburner.com/mohdzaid/blog .

You May Also Like

7 comments