8 Tips Untuk Memajukan Perniagaan Fotografi Anda Secara Percuma

by - Sunday, February 19, 2012

draft_lens17856483module149594005photo_1302972441make-money-with-photograp
Saya menerima pelbagai soalan yang bertanyakan bagaimana saya mengembangkan perniagaan saya di dalam dunia  fotografi (terima kasih kerana meluangkan masa untuk menghantar email kepada saya). Saya bukan lah seorang professional photographer ataupun memiliki syarikat fotografi yang besar tetapi saya hanyalah seorang photographer yang mengabungkan konsep fotografi dan marketing. Kali ini, saya akan kongsikan 8 tips untuk mengembangkan fotografi servis anda.

Cara yang paling murah tetapi tidak mudah adalah "word of mouth recommendation". Biarlah orang bercakap mengenai servis yang anda sediakan. Baik ataupun buruk kedua-duanya memberikan kebaikkan kepada anda. Secara terus terang ataupun sebaliknya juga dapat membantu anda sedikit sebanyak. Di bawah adalah 8 cara yang saya gunakan untuk mempromosikan fotografi servis saya.

- Biarkan orang melihat dan mengetahui apakah yang anda lakukan.
Ini adalah perkara pertama yang anda perlu lakukan. Jika anda mempunyai bakat tetapi anda tidak biarkan bakat anda diketahui orang ramai, ubahlah sekarang.

- Website, online dan promosi secara percuma.
Pada masa kini, kita bernasib baik kerana internet adalah digunakan secara luas oleh orang ramai. Seperti facebook, twitter, blog, flickr dan sebagainya, anda mempunyai pelbagai platform untuk anda memperomosikan portfolio anda. Tetapi, janganlah terlalu meletakkan semuanya di satu platform. Cubalah pelbagai jenis platform kerana semuanya ada pengikut yang tersendiri. Ianya juga untuk menjamin masa depan anda. Sebagai contoh, saya mengunnakan facebook dan website untuk mempamerkan portfolio saya. Jika suatu hari nanti facebook diberhentikan, saya masih mempunyai website sebagai portfolio saya. Jika anda bercadang menggunakan website, saya cadangkan anda mendapatkan domain dan hosting anda sendiri supaya ianya nampak lebih professional dan selamat.



- Marketing Plan.
Jika anda benar benar serius untuk membuat wang daripada fotografi, setidak-tidaknya sediakan lah marketing plan. Cubalah melakukan sesuatu yang baru. Katakan anda seorang photographer yang selalu mengambil gambar perkahwinan, cubalah mengambil gambar-gambar yang lain sepertu fesyen, makanan dan sebagainya. Ingatlah yang orang disekeliling anda ataupun peminat setia anda adalah manusia dan mempunyai network. Mereka boleh membantu anda mendapatkan pelanggan. Anda juga perlulah memikirkan pelbagai cara untuk memperomosikan servis anda.

- Pengalaman
Pengalaman adalah guru yang sebenar. Anda akan lebih arif apbila di dedahkan dengan pengalaman yang sebenar jika anda pernah melakukan sesuatu pekerjaan itu. Luangkan masa mengikut photographer yang lain walaupun hanya sebagai penjaga reflector. Ilmu yang berguna bukan mudah di pelajari.

- Bersosial
Jika anda seorang yang suka menyendiri, ini lah masanya untuk anda berjumpa dengan orang lain dan mengembangkan perniagaan anda. Sekurang-kurangnya mestilah mempunyai kad nama agar mereka boleh menyimpan contact anda. Bersosial bukanlah bermaksud melakukan maksiat ataupun membuang masa tetapi ianya bermaksud anda berjumpa dengan orang luar dan menjual servis anda. 

- Berhubung
Setiap customer yang telah mendapatkan khidmat anda, jangan lupa menyimpan rekod mereka. Setidak-tidaknya email mereka. Jika anda ada mempunyai marketing plan yang baik, anda pastinya mempunyai pelbagai jenis promosi. Hantarlah kepada mereka ataupun bertanya khabar. Mereka mungkin akan mempromosikan servis anda kepada rakan-rakan mereka.

- Jual Diri
Di Malaysia sendiri, terdapat ramai professional dan amateur photographer. Yang membezakan diri anda dan orang lain adalah servis yang anda sediakan. Anda mestilah peramah dan buatlah customer anda seronok dan comfortable dengan servis yang anda sediakan. Kualiti gambar juga mestilah bagus. Sesetegah customer lebih suka bekerja dengan orang yang telah mereka bekerjasama daripada mencari photographer yang baru.

- 1 daripada 100
Di setiap photoshoot, anda akan mengambil gambar yang banyak. Pilih lah gambar yang berkualiti shaja untuk di pamerkan sebagai portfolio anda.

Saya harap ianya dapat membantu. Saya akan cuba berkongsikan tips-tips yang lain pada masa akan datang. Terima kasih.

You May Also Like

1 comments