Mengapa Pelan Perniagaan adalah Penting?

by - Saturday, February 18, 2012

business-plan-writer
Ramai orang mengimpikan untuk menjadi seorang majikan ataupun memiliki perniagaan sendiri. Tanpa kita sedari, kita adalah seorang majikan. Majikan buka sahaja membawa maksud tuan tanah ataupun tuan empunya syarikat. Majikan merupakan seseorang yang mempunyai tanggujawab yang besar untuk mengawal keadaan, memberi peluang kepada orang lain, dan sebagainya. Anda adalah majikan.. Majikan kepada diri sendiri. Jika anda tidak dapat mengawal diri sendiri, tidak perlulah anda impikan untuk menjadi majikan kepada orang lain.

Di dalam perniagaan, terdapat ramai orang yang telah melakukan kesilapan. Seperti saya juga dimana saya melakukan kesilapan. Jika kita tidak pernah gagal, bermakna kita tidak pernah berjaya. Semua orang akan berjaya tetapi yang membezakan setiap orang adalah masa. Lambat ataupun cepat. Apabila kita jatuh, kita perlulah melihat kembali apakah kesilapan yang telah kita lakukan dan bangkitlah dengan semangat yang baru untuk mengubah dunia. Seperti saya, saya juga melakukan kesilapan. Tetapi saya tidak mahu sentiasa berada di tempat yang sama. Tidak salah jika kita ingin menoleh kebelakang kerana sejarah lah yang membentuk kita. Pada kali ini, saya ingin membicarakan tentang "Mengapa Pelan Perniagaan adalah Penting?"


Di sini, saya ada beberapa panduan untuk anda.

- Adakah anda sudah bersedia menjadi seorang majikan?
- Untuk memulakan perniagaan, anda perlulah mahir tentang perniagaan yang anda ingin ceburi dan anda mestilah tahu apakah kekuatan dan kelemahan perniagaan anda.
- Di dalam perniagaan, ianya bukan melibatkan jangka masa yang pendek tetapi juga melibatkan jangka masa yang panjang. Apakah peluang dan cabaran perniagaan anda?
- Sebelum anda mengeali makna keutungan daripada perniagaan anda, anda perlulah tahu siapakah pelangan anda sekarang dan mengapa mereka menjadi pelanggan anda?
- Di dalam dunia perniagaan, ianya bukan sahaja mengenai diri anda dan pelanggan anda tetapi juga ianya melibatkan pesaing anda. Jadi, siapakah pesaing pelangan anda dan mengapa mereka menjadi pesaing pelanggan anda?
- Untuk meluaskan perniagaan ataupun mempunyai pendapatan tetap, anda perlulah memikirkan apakah perubahan dan program terbaru untuk meningkatkan perniagaan anda.

Di atas adalah beberapa panduan yang anda perlu ada apabila anda membuat pelan perniagaan. Di dalam perniagaan, saya selalu megingatkan diri saya sendiri "there's no such things of luck". Selain itu, jangan lupa untuk membuat survey, mendapatkan lebih bayak informasi tentang pernniagaan yang anda ingin ceburi, maklumat tentang pelanggan, demographic dan sebagainya. Tanyalah pada diri anda sejujurnya. Apakah maksud dan tanggujawab sebenar seorang majikan. Lihatlah sekeliling anda dan tanyalah diri anda sekali lagi adakah anda sudah bersedia menghadapi risiko pada masa hadapan.

Jika anda ada sebarang cadangan untuk membuat pelan perniagaan, kongsikan lah dengan kami.

You May Also Like

2 comments