
Saya menerima pelbagai soalan yang bertanyakan bagaimana saya mengembangkan perniagaan saya di dalam dunia fotografi (terima kasih kerana meluangkan masa untuk menghantar email kepada saya). Saya bukan lah seorang professional photographer ataupun memiliki syarikat fotografi yang besar tetapi saya hanyalah seorang photographer yang mengabungkan konsep fotografi dan marketing. Kali ini, saya akan kongsikan 8 tips untuk mengembangkan fotografi servis anda.
Cara yang paling murah tetapi tidak mudah adalah "word of mouth recommendation". Biarlah orang bercakap mengenai servis yang anda sediakan. Baik ataupun buruk kedua-duanya memberikan kebaikkan kepada anda. Secara terus terang ataupun sebaliknya juga dapat membantu anda sedikit sebanyak. Di bawah adalah 8 cara yang saya gunakan untuk mempromosikan fotografi servis saya.
- Biarkan orang melihat dan mengetahui apakah yang anda lakukan.
Ini adalah perkara pertama yang anda perlu lakukan. Jika anda mempunyai bakat tetapi anda tidak biarkan bakat anda diketahui orang ramai, ubahlah sekarang.
- Website, online dan promosi secara percuma.
Pada masa kini, kita bernasib baik kerana internet adalah digunakan secara luas oleh orang ramai. Seperti facebook, twitter, blog, flickr dan sebagainya, anda mempunyai pelbagai platform untuk anda memperomosikan portfolio anda. Tetapi, janganlah terlalu meletakkan semuanya di satu platform. Cubalah pelbagai jenis platform kerana semuanya ada pengikut yang tersendiri. Ianya juga untuk menjamin masa depan anda. Sebagai contoh, saya mengunnakan facebook dan website untuk mempamerkan portfolio saya. Jika suatu hari nanti facebook diberhentikan, saya masih mempunyai website sebagai portfolio saya. Jika anda bercadang menggunakan website, saya cadangkan anda mendapatkan domain dan hosting anda sendiri supaya ianya nampak lebih professional dan selamat.