Pertama Kali Menceburi Bidang Blogging

by - Tuesday, November 25, 2014


Part 1 - Assalamualaikum semua, ni first time Feeq nak berblog didalam bahasa melayu. Feeq selalu menulis dalam bahasa English bukan sebab Feeq ni pandai sangat, tapi Feeq cuma nak improve kan bahasa English Feeq. Lagipun Feeq sekarang ni tengah menghadirkan diri di kelas bahasa Mandarin. Tak salah rasanya Feeq nak belajar bahasa asing. Lagipun di dalam dunia perniagaan, Feeq banyak client berbangsa asing.

Kehidupan Seorang Blogger adalah ruangan dimana Feeq cuba berkongsi sebanyak mungkin tentang dunia blogging. Feeq ni bukanlah blogger terkenal atau blogger artist, jadi Feeq minta maaf banyak2 dahulu kalau ada yang rasa Feeq ni bajet top blogger. Feeq nak adakan ruangan ni setelah Feeq berfikir banyak kali. Ramai blogger yang personal contact Feeq atau jumpa di event bertanyakan soalan tentang blogging. Tak kurang juga kawan Feeq yang bekerja di PR company yang baru mula2 nak involvekan diri pada social media tnya Feeq. Dalam 2-3 bulan ni, ramai pula kawan Feeq yang mintak tolong Feeq design blog untuk mereka dan ajarkan basic blogging. Jadi Feeq rasa, Feeq perlukan ruangan ini supaya orang paham tentang industry blogging.

Feeq tahu ramai yang tak kenal Feeq dan Feeq ni nak sangat berkenalan dengan blogger2 lain. Lagi2 blogger yang baru. Feeq dah berblogging semenjak awal tahun 2007. Lebih kepada personal dan pada masa tu Nuffnang pun tak da lagi. Tapi blog tu Feeq dah delete.Ye la masa tu Feeq baru je mulakan pengajian Diploma di Nilai University. Jauh dari keluarga (Keluarga di Johor). Jadi, banyak la benda yang nak di kongsikan. Tak lama lepas tu, Nuffnang pun wujud. Masa tu kalau tak silap Feeq dalam pertengahan tahun 2007. Feeq pun tak la join Nuffnang lagi. Sebab masa tu mana lah ada orang nak baca blog Feeq. Cuma ahli keluarga je.

Dalam akhir tahun 2008 barulah Feeq register blog baru. Masa tu Feeq punya blog meaningfool.blogspot.com dan sampai sekarang Feeq pakai lagi blog address tu. Cuma masa tu, Feeq tak paham tentang hosting dan domain. Lepas dah jumpa dengan blogger-blogger lain, dalam akhir 2009 barulah Feeq tukar kepada domain Feeq sekarang, FeeqSays.Com

Feeq selalu organize private food review dan blogger outing. Sebab Feeq nak berkenalan dengan blogger baru. Masa mula2 tu memang susah tapi Feeq ingat lagi Rebecca Saw banyak bagi bantuan terutamanya blog dan gathering pasal makanan. Feeq ingat lagi macam mana client approach Feeq dan Feeq diletakan bersama blogger2 yang terkenal. memang excited masa tu.

Lepas tu, Feeq pun active di blogging sampai sangup bangun pukul 5 pagi dan ambik train dari Nilai ke Kuala Lumpur semata-mata nak attend press conference atau blogging event. Alhamdulillah sekarang dah 7 tahun Feeq berblogging dan masih mempunyai follower dan rakan2 blogger yang masih active. Tapi ramai juga yang dah bersara. Dalam masa 7 tahun ni, macam2 perkara berlaku. Feeq pindah dari Nuffnang ke Advertlets la, Feeq berhenti blogging selama 6 bulan la, Blogger drama, dan banyak lagi. Tapi sekarang Feeq lebih selesa bergerak secara independent. Tak terikat dengan mana2 blogging company.

Inshallah, banyak lagi Feeq nak kongsikan. Feeq nak share macam mana Feeq pergi event pertama, macam mana Feeq buat kawan blogger pertama, dan macam2 lagi. Mungkin di lain hari. 

Pesanan Feeq: 
“Jadi blogger ni kena ikhlas. Kalau kita buat kerana minat, peluang akan datang dengan sendiri. Ramai blogger yang nak popular dengan cara mudah tapi gunakan cara yang salah. Respect is an Earned Gift, Not Something You Demand

________________________________________________________________________

Okay kawan2, Feeq nak bagitahu esok Feeq nak bagi device weBoost Drive 3G-S yang berharga RM389. Kegunaan dia adalah untuk tingkatkan pangilan dan data signals. Sesuai untuk semua jenis mobile phone dan syarikat telekomunikasi. Tapi yang paling best, boleh panjangkan battery mobile phone.

Follow Feeq di Instagram dan Twitter:

You May Also Like

0 comments