Encik Mimpi Fans Gathering di eCurve Pak John Steamboat & Yong Tao Foo

by - Friday, December 26, 2014

Beberapa minggu lepas, Feeq mendapat jemputan daripada Hai Blogger! untuk menghadirkan diri ke acara Encik Mimpi Fans Gathering di eCurve Pak John Steamboat & Yong Tao Foo. Untuk menghormati Hai Blogger, Feeq akan blog dalam bahasa melayu pada kali ini. Kalau tak silap, ni blog post berbahasa melayu yang ke dua. Yang pertama; Pertama Kali Menceburi Bidang Blogging.

Ini adalah kali pertama Feeq datang ke eCurve Pak John Steamboat & Yong Tao Foo. Tapi kali ni Feeq bukan nak bercerita pasal makanan atau restaurant dia. Feeq nak cerita tentang Encik Mimpi Fans Gathering yang berlangsung pada 12.12.14. Lain kali Feeq akan cuba buat restaurant review kalau ada peluang untuk ke Pak John Steamboat & Yong Tao Foo lagi ya. Kalau Feeq ada chance pergi sana lagi, nanti Feeq buat proper review dalam bahasa English ya. Lagipun masa Feeq datang yang makanan premium  macam lamb dan smoking duck tak available. So nak blog pun rasa tak best.

Ni la Encik Mimpi. To be honest Feeq cuma balik hometown je Feeq tengok TV. Itupun 6 bulan sekali. Di KL, Feeq memang selalu meghadap internet dan komputer. Jadi Feeq kurang update dengan cerita-cerita atau lagu2 melayu. Setelah di google barulah Feeq tahu siapa ni Encik Mimpi. Dia ni sebenarya sporting dan fun. Rasa macam nak tangalkan je topeng dia.

Boleh dikatakan fullhouse juga Pak John Steamboat & Yong Tao Foo pada hari tu. Yang hadir terdiri daripada peminat tegar Encik Mimpi, media dan blogger. Selain peminat dihiburkan oleh Encik Mimpi, ada juga lucky draw dan sesi beramah mesra antara peminat dan Encik Mimpi. Ada jualan CD dan T-Shirt Encik Mimpi.

Tahniah kepada Encik Mimpi dan Dreemers Club yang mengambil iniative untuk membuat Gathering dan yang paling best, ianya memang meriah. 

Terima kasih Hai Blogger! kerana menjemput Feeq.



STEAMBOAT & BBQ
Fry all you want or just get going with the food in soup,it is all up to your choice of sensational dish-mix!  
At Pak John, we serve urban cuisine consists of the most on-trend modern food yet reinvented into magnificent subtle creations that sum up as a one of a kind genre.
By implementing our years of experience in the culinary industry, we proundly present you with the most sensual urban cuisines that will satisfy you no matter you are a steamboat fanatic, a Yong Tao Foo dinner or a regular cafe goer. We serve not one kind but all. 
It is new, but this young yet extravagant concept will be what your stomach deserves here in Pak John. Hence,welcome to the sensual side of food.

Sedikit review tentang Pak John Steamboat & Yong Tao Foo di eCurve. Apa yang menariknya, kat sini mereka gunakan konsep All you can eat. Maksudnya buffet. Satu kepala dalam RM40. Makan lah berapa lama yang korang nak. Feeq dah cuba, makan slowly dari salad ke soup pastu baru lah makan daging. Boleh tahan dalam 3 jam je sebelum perut Bloated. Salah satu tarikan di sini adalah mereka menyediakan lebih daripada 100 jenis makanan dan minuman. Sayangnya masa Feeq datang yang premium macam lamb dan smoking duck tak available. Nat cut cost kot sebab masa tu yang datang semuanya Encik Mimpi fans. Tapi kalau siapa2 yang ambik makanan, jangan membazir. Setiap 100gm yang dibazirkan akan di charge RM10.

Serba sedikit gambar Pak John Steamboat & Yong Tao Foo:

Restaurant Pak John Steamboat & BBQ eCurve

Lot LG-13A & LG-15, Lower Ground Floor, eCurve,
No. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya

03-7733 3913

You May Also Like

0 comments