Pullman Hotel Ramadhan Buffet 2017 (Magical Ramadhan Nights)

by - Monday, April 17, 2017

Assalamualaikum, harini Feeq nak cerita yang Feeq pergi food review dekat “HOTEL PULLMAN PUTRAJAYA LAKESIDE” kalau tiba bulan ramadhan korang mesti tak tahu nak berbuka dekat mana kan? Okay! Ni tempat korang patut datang.

MAGICAL RAMADHAN NIGHTS @ PULLMAN PUTRAJAYA LAKESIDE

Pullman putrajaya lakeside nie sebelah PICC putarajaya jee, so kalau korang taktau hotel nie kat mana cari PICC, senang cerita guna “waze” lagi senang :’D hahahaha. 

Tempat makan dia betul-betul dekat stunning clock tower courtyard. Tempat dia memang luas, kalau yang datang dengan family tu anak2 tu kene jaga betul-betul takut hilang pulak nanti susah nak cari hahaha. Okay sambung cerita pasal tempat nie.

Okay, tempat nie juadah untuk berbuka sangat banyak pilihan. Feeq sendiri pun sampai taktau nak makan apa banyak sangat pilihan, so korang kena datang sendiri cuba berbuka puasa dekat sini. Makanan dia macam-macam jenis ada memang rambang mata. Kalau korang nak makan makesure ambik sikit-sikit dulu sebab kalau korang ambik banyak terus kenyang pulak hahaha.

First sekali bila feeq sampai tempat nie dah park kereta lepastu masuk lift naik tempat untuk berbuka tu, keluar je lift feeq terus nampak khemah yang penuh dengan durian hahaha. Feeq dah laa suka gila dengan durian, tapi durian feeq makan hujung-hujung laa bak kata orang dessert. 

Juadah berbuka kat hotel nie ada macam-macam jenis ada kambing golek, ikan bakar, sate, dinsum, rojak, ulam-ulaman tapi yang wajib ada mesti laa nasi kan hahahha, yerlah kita kan melayu so sehari nak taknak mesti kena makan nasi jugak.

kat sini jugak korang bukan boleh makan dalam keadaan sunyi macam kita berbuka dekat rumah sebab apa ? haaa, dekat sini ada busker akan menghiburkan korang so time korang makan-makan tu chill lex dulu makan sambil layan busker nyanyi. Makan pun boleh jadi lagi sedap sebab suara vocalist busker tu pun padu jugak maksud feeq sedap laa suara brader tu hahaha. Boekk lah brader :D
yang mana bawak anak-anak kecik tu korang jagan risau sebab ada badut-badut yang akan buat anak korang happy je berbuka dekat sini. Padahal tak puasa anak-anak yang kecik lagi tu :D hahaha. Badut-badut nie semua happy go lucky friendly sangat tak kira laa laki ke perempuan ke anak-anak kecik ke mesti dia layan sempoi jee.

Okayyy dah laa feeq dah taktau nak cakap apa dah, so korang wajib datang untuk berbuka dekat HOTEL PULLMAN PUTRAJAYA LAKESIDE sebab makanan dia semua sedap-sedap, kawasan dia selesa best serious. Dah habis makan tu boleh rilex-rilex duduk dekat tepi kolam ada sofa so boleh laa landing kejap sebelum balik. 

Feeq nak payung kat korang gambar makan-makan yang ada kat sini, tapi feeq tak ambik gambar semua sebab saja nak suruh korang datang try sendiri hehe. 
Byeee selamat berbuka dan menjamu selera.

You May Also Like

0 comments