Restoran Rebung Buffet Ramadan 2016 oleh Chef Ismail Ahmad

by - Thursday, May 11, 2017

Assalamualaikum, kali ni feeq nak kongsi lagi satu tempat best untuk berbuka pada bulan ramadhan ni. saya dijemput untuk Food Review di Restoran Rebung Dato Chef Ismail. Restoran ni bertempat di tingkat 5, cascade parking bukit aman, kuala lumpur. dekat sini parking pun senang, nak cari tempat ni senang jaa korang search waze haha.

Okay makanan dekat Restoran Rebung ni berkonsepkan makanan kampung. memang sedap-sedap lauk dia. kalau nak bawak keluarga makan sini memang sesuai. tempat ni selesa, rasa macam makan dekat kampung laa siap ada persembahan keroncong. makanan di sini disedia kan secara buffet dan ada jugak Food Station, so korang suka hati laa nak makan banyak mana pun. siapa yang suka makanan kampung memang feeq cadangkan korang makan dekat sini.

Masa feeq sampai tu, ada pulak fashion show dengan chef ismail tunjuk cara-cara nak buat nasi ulam. dapat laa rasa nasi ulam tuh. boleh tahan sedap laa, rasa dia macam nasi kerabu jugak. banyak ulam-ulam dalam tuh dia gaulkan sekali dengan nasi. siapa yang tak suka makan sayur tuh memang tak makan laa nasi ulam nih hahahah.

Di sini banyak pilihan makanan, macam-macam jenis lauk korang boleh pilih contohnya ikan patin tempoyak, terung sambal, ayam percik, gulai lemak telur itik, ulam-ulam, memang banyak laa kalau nak list kan penuh laa satu page nih hahahaha.

Nak cerita pasal makanan dia, lauk dekat sini semuanya segar-segar. dapat rasa laa dia punya ikan tu masih segar dan manis isi ikan tu. cara masak dia pun sedap secukup rasa laa. memang berselera makan dekat sini. satu lagi yang orang suka dekat sini dia punya pulut durian. memang ramai orang beratur laa nak ambik pulut durian tuh hahaha.

Okaylaa. rasanya ni je nak cerita pasal Restoran Rebung nih. tempat nih memang best, korang memang patut cuba. pasti nak datang lagi.

Pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan, Restoran Rebung menyediakan lagu-lagu irama Ghazal secara live oleh sebuah Kumpulan Ghazal yang diundang khas pada tiap-tiap tahun.


Harga Buffet Ramadhan @ Restoran Rebung Chef Ismail Ahmad
Dewasa : RM79.50 nett
Kanak-kanak : RM53.00 nett (5-11 tahun)
Untuk maklumat lanjut mengenai Restoran Rebung, hubungi 

Restoran Rebung Chef Ismail Ahmad
Alamat : 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman Kuala Lumpur, Malaysia
Contact no : 03 2276 3535















You May Also Like

0 comments