Rabbani Lamb House, Masakan Kambing yang lembut dan sedap oleh Kumpulan Nasyid Rabbani

by - Tuesday, June 06, 2017

Siapa kat sini peminat tegar kambing macam Feeq. Personally Feeq tak pernah makan Nasi Arab sebelum ni sampailah Feeq berkahwin dengan Fatinbella. Family dia memang suka makan nasi arab. Nak dijadikan cerita, hari tu kami di jemput untuk merasa Rabbani Lamb House. Kami datang seminggu selepas pembukaan restoran diorang. Overall I would say, MEMANG SEDAP!!! Daging kambing dia lembut gila okayyyy

Pada sesiapa tertanya kat mana, Rabbani Lamb House terletak di lokasi strategik di tengah-tengah bandar dan betul betul sebelah Jakel Mall

Review saya tentang masakan di Rabbani Lamb House?
Secara keseluruhan memang sedap gila!!! Kambing dia moisture & lembut wey. Berbaloi untuk apa yang kami bayar. Bukan dapat makan je, dapat pahala sekali sebab 10% duit kita pergi ke tabung Syria. Inshallah nak datang lagi bawak family in law. Tapi maybe lepas Ramadan coz diorang malam tak free. Pi terawikh hehehe

Kalau dah cakap pasal Nasi Arab, dah semestinya ada kena mengena dengan daging kambing kan? Rabbani Lamb House adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan Arab dan Malaysia dalam satu bumbung, dan tarikan utama mereka adalah 'Nasi Arab Berasap. Mereka juga keluar dengan pakej iftar berpatutan serendah RM 49.90 bagi setiap orang.

Pada musim Ramadan, 10% keuntungan dari Ramadan set akan didermakan kepada Tabung Kemanusian Syria Care Malaysia

Pakej Ramadan :

Kuih tradisional

Set Kambing Bakar (dihidangkan dengan nasi putih)

Set Kambing Kabsah

Set Ayam Mandy

Kebab daging

Kebab ayam

SeTehsen

Sempena bulan Ramadan, anda juga akan mendapat peluang untuk mendengar persembahan secara langsung dari kumpulan nasyid.

Rabbani: Isnin, Rabu & Ahad.
Inteam: Khamis
Fareast: Selasa
Nowseeheart: Sabtu
Munsyid Malaysia: Jumaat

Untuk tempahan : +6013 513 8281
Facebook : www.facebook.com/Rabbanilambhouse
Instagram : www.instagram.com/rabbanilambhouse
Alamat : Rabbani Lamb House Lot GF-016, MyFoodLoft, Persiaran CapSquare, Kuala Lumpur

You May Also Like

0 comments