Sunway Resort Cafe Ramadan Buffet 2017

by - Thursday, June 15, 2017

Setiap tahun, Feeq memang tak boleh kalau tak datang ke Sunway Resort Cafe buffet ramadan. Bukan apa, memang sedap. Macam macam ada. Selalu nya, lepas makan, Feeq akan pergi Sunway Pyramid beli barang Raya. Okay, tahun ni macam biasa, Sunway Resort Cafe ada buat buffet Ramadan dan menghidang kan lebih dari 400 hidangan untuk berbuka puasa.

Apa yang lain dari lain? Mereka menyediakan lebih daru 16 jenis Rendang. 3 rendang yang mesti ada; Rendang Ayam Minangkabau, Rendang Daging Tok dan Rendang Ayam Kerisik. Selain tu, ada juga Rendang Daging Minangkabau, Rendang Daging Rembau, Rendang Ayam Rembau, Rendang Daging, Rendang Ayam, Rendang Daging Mamu, Rendang Daging Nyonya, Rendang Daging Kerisik, Rendang Daging Serai, Rendang Ayam Serai, Rendang Berempah Hitam – Pasir Mas, Rendang Ayam Gelang Patah and Rendang Hati.

Selain itu, pada tahun ini chef yang diketuai oleh Chef De Cuisine Parthiban Nalliah dan pasukanya seramai 20 chef memperkenalkan pelbagai resipi turun temurun dari generasi ke generasi untuk menarik dan pasti membuatkan korang suka gila dengan makanan diorang. Kalau korang suka kan Kambing Golek, jangan risau. Diorang ada sediakan. Bukan tu je, ada sup gear box, sup kambing dan macam macam lagi.

Pada bulan Ramadan tahun ini mereka menyediakan 16 jenis Rendang, Steamboat dengan lebih dari 70 bahan-bahan, Live Stations, Seafood yang segar dan daging panggang, Kambing Golek, Bubur Lambuk dan lauk pauk, Seafood-on-Ice dengan udang segar, udang karag dan kupang, 18 jenis hidangan nasi khusus termasuk nasi Hujan Panas dan nasi Arab, popular Sup gearbox Turbo dan bufet termasuk dengan pencuci mulut tempatan dan barat.

The Resort Café buffet Ramadan bermula dari 27 Mei sehingga 24 Jun 2017, 6pm-10:30pm. Harga untuk dewasa : RM188 nett bagi setiap orang dewasa & RM98 nett bagi kanak kanak (berumur antara 6 hingga 12 tahun).

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi +60 3 7495 2009 / +60 3 7492 8000 atau e-mel kepada srhs.trc@sunwayhotels.com.


You May Also Like

0 comments